JP Morgan Chase bayar AS$264 juta selesaikan kes rasuah

JP Morgan Chase bayar AS$264 juta selesaikan kes rasuah

WASHINGTON, 18 Nov – JP Morgan Chase telah bersetuju untuk membayar AS$264 juta untuk menyelesai satu kes rasuah asing yang digelar “kes putera” di mana bank memberikan pekerjaan penting kepada kawan dan saudara pegawai China, umum pegawai AS semalam.

Bank multinasional itu, kini merupakan bank terbesar di dunia berdasarkan pemodalan pasaran, mengaku memperoleh lebih daripada AS$100 juta selepas menggaji calon yang dirujuk oleh pelanggan, termasuk oleh pegawai kanan China dalam jawatan untuk memimpin perniagaan dalam bank.

Meskipun pengumuman tersebut, saham dalam JP Morgan diniagakan lebih tinggi pada tengah hari semalam, naik 0.6 peratus sejurus selepas 2000 GMT di New York.

“Memberikan peluang pekerjaan berprestij kepada individu tidak layak demi mempengaruhi pegawai kerajaan merupakan rasuah, jelas dan mudah,” kata Leslie Caldwell, ketua divisyen jenayah Jabatan Keadilan AS, dalam satu kenyataan.

Kes tersebut menarik perhatian atas tumpuannya pada penggunaan penggajian sebagai satu bentuk rasuah. Dalam tempoh tujuh tahun di antara 2006 dan 2013, JP Morgan menggaji hampir 100 pekerja dan pelatih yang dirujuk oleh pegawai kerajaan di 20 perniagaan berlainan milik kerajaan di China, kata pegawai.

Gambar fail 12 Disember 2013 menunjukkan ibu pejabat JP Morgan Chase di Park Avenue, New York. JP Morgan Chase telah bersetuju untuk membayar AS$264 juta untuk menyelesai satu kes rasuah asing. – AFP
Gambar fail 12 Disember 2013 menunjukkan ibu pejabat JP Morgan Chase di Park Avenue, New York. JP Morgan Chase telah bersetuju untuk membayar AS$264 juta untuk menyelesai satu kes rasuah asing. – AFP

Meskipun penyelesaian besar, Bart Naylor daripada kumpulan pengawas dasar Public Citizen, mengadu bank “telah terlepas daripada tanggungjawab sebenar.”

“Eksekutif JP Morgan layak dipenjarakan, sebaliknya pemegang saham akan membayar bil untuk apa yang digambarkan oleh seorang pegawai kerajaan sebagai “rasuah sistemik,” kata beliau dalam kenyataan.

Pegawai di subsidiari serantau di Hong Kong mewujudkan program rujukan pekerjaan pelanggan yang kadang kala dikenali sebagai “Program Anak Lelaki dan Anak Perempuan” untuk menggaji calon yang mempunyai nilai strategik kepada bank, menurut Jabatan Keadilan.

Pada tahun 2009, eksekutif kanan telah memperhalus program tersebut untuk mencari calon yang “mempunyai hubungan langsung kepada peluang perniagaan,” kata pendakwa persekutuan, memetik rekod dalam JP Morgan Chase. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA