JPA adakan jerayawara di Kuala Belait

JPA adakan jerayawara di Kuala Belait

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 24 April – Sebagai usaha berterusan bagi mengadakan sesi muzakarah dan dialog bersama warga perkhidmatan awam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan jerayawara kali kedua yang berlangsung di Dewan Persidangan, di sini, baru-baru ini.

Jerayawara tersebut dihadiri oleh kalangan pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam dalam cawangan-cawangan jabatan kerajaan di daerah ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Sungai Liang, Awang Noraffindy bin Noorsabah, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pemangku Ketua Pengarah Jabatan  Perkhidmatan Awam, Haji Abdul Manap bin Othman.

Jerayawara berkenaan bertujuan untuk mengetahui isu-isu berkaitan yang berkepentingan, selain memberikan pendedahan kepada yang terlibat melalui taklimat mengenai pengurusan tatatertib dan kaunseling.

Haji Abdul Manap semasa sesi muzakarah dan dialog tersebut.
Haji Abdul Manap semasa sesi muzakarah dan dialog tersebut.
Antara yang menghadiri Jerayawara JPA di Dewan Persidangan Kuala Belait.
Antara yang menghadiri Jerayawara JPA di Dewan Persidangan Kuala Belait.

Ia turut memberi peluang kepada warga perkhidmatan awam di Daerah Belait untuk berbincang bersama pegawai-pegawai JPA mengenai pemahaman Peraturan-Peraturan Am/Perkhidmatan dan Hal Ehwal Pengurusan Dalam Perkhidmatan Awam (GO), Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan Sistem Pengurusan Kakitangan Kerajaan (GEMS).

ARTIKEL YANG SAMA