JPA lantik dua pengarah baru

JPA lantik dua pengarah baru

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jun – Atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan pelantikan dua orang pengarah baru.

Menurut kenyataan JPA, Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Elektrik di JPM, Pengiran Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra dilantik sebagai Pengarah Perkhidmatan Elektrik di Jabatan Perkhidmatan Elektrik, JPM mulai 1 Jun 2016.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC), Dayang Mazriyani binti Abdul Ghani ditetapkan dan seterusnya dilantik sebagai Pengarah EGNC, JPM mulai 9 Jun 2016.

ARTIKEL YANG SAMA