JPCC ceriakan 100 kanak-kanak SMARTER

JPCC ceriakan 100 kanak-kanak SMARTER

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mei – Jerudong Park Country Club (JPCC), hari ini, telah menceriakan 100 kanak-kanak SMARTER Brunei dengan mempelawa mereka berkunjung ke Taman Permainan Jerudong sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka dan bersempena pelancaran semula taman permainan itu.

Turut hadir semasa acara berkenaan ialah Pengurus Besar JPCC, Haji Jaidi bin Haji Abdul Sani; Presiden SMARTER Brunei, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman, ahli-ahli lembaga pengarah serta pegawai dan kakitangan JPCC.

Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Jualan JPCC, Datin Sakdiah binti Haji Mohd Noor menjelaskan bahawa acara ini adalah sangat penting dalam memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukannya dan memupuk sifat saling bantu-membantu.

“Acara ini juga akan menjadi acara tahunan JPCC dengan mempelawa kanak-kanak yang kurang berkebolehan dan kanak-kanak yatim.

p10-3_20150522

Haji Jaidi menyampaikan cenderamata kepada Malai Haji Abdullah.
Haji Jaidi menyampaikan cenderamata kepada Malai Haji Abdullah.
Salah seorang kanak-kanak SMARTER Brunei menerima cenderamata.
Salah seorang kanak-kanak SMARTER Brunei menerima cenderamata.
Tidak melepaskan peluang bergambar bersama maskot Hamburglar.
Tidak melepaskan peluang bergambar bersama maskot Hamburglar.

“Saya berharap agar acara petang ini mampu membawa senyuman dan kegembiraan bagi setiap kanak-kanak yang hadir hari ini,” jelasnya.

Makan Ceria Sdn Bhd, Mc Donald Brunei turut berganding bahu menceriakan kanak-kanak berkenaan dengan menyediakan hidangan Happy Meal.

Acara turut diserikan lagi dengan penampilan maskot Hamburglar daripada McDonald dan aktiviti di Waterpark.

Taman Permainan Jerudong turut memaklumkan orang ramai bahawa taman permainan berkenaan akan dibuka pada 1 Jun 2015 bermula jam 10 pagi sehingga 11 malam.

ARTIKEL YANG SAMA