JPD alu-aluka...

JPD alu-alukan cadangan pihak tertentu

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Perhubungan mengalu-alukan syarikat tempatan dan antarabangsa yang berminat untuk menghadapkan cadangan (RFP) bagi mendapatkan, membekalkan, memasang, melaksanakan, menyelenggarakan dan menguruskan Sistem Pengangkutan Bas Bijak (ITS) dan Sistem Tiket bagi perkhidmatan bas awam di Negara Brunei Darussalam.

Menurut kenyataan JPD, pelawaan itu adalah bersempena dengan RFP untuk peruntukan perkhidmatan bas awam bagi Daerah Brunei dan Muara dan daerah-daerah lain yang telah dikeluarkannya kepada syarikat-syarikat yang berminat pada 27 Disember 2016 lalu.

RFP bagi mendapatkan, membekalkan, memasang, melaksanakan, menyelenggarakan dan menguruskan ITS dan Sistem Tiket berkenaan menghuraikan keperluan projek dan bertujuan untuk mengenal pasti cadangan terbaik yang sesuai dengan keperluan berkenaan terutama peratusan pelaburan oleh syarikat, model terbaik daripada yang diharapkan oleh kerajaan dan perkara-perkara operasi lain. Dokumen-dokumen RFP itu dapat diperoleh bermula hari ini di Bahagian Kewangan, Tingkat 4, JPD, Jalan Gadong, Kampung Beribi. Kenyataan itu menyatakan lagi, mana-mana pihak yang berminat boleh menghantar e-mel ke alamat jpdptg@land-transport.gov.bn untuk mendapatkan akses dalam talian kepada RFP berkenaan dan dokumen-dokumen relevan yang lain.

Dokumen-dokumen RFP yang lengkap perlu dihantar pada atau sebelum 11 Mac 2017 di Bahagian Kewangan JPD atau dihantar melalui e-mel atau cara-cara IT lain yang dapat diakses JPD.

ARTIKEL YANG SAMA