JPD lanjutkan tawaran sehingga 18 Ogos

JPD lanjutkan tawaran sehingga 18 Ogos

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) memaklumkan kepada orang ramai bahawa tarikh tutup tawaran bagi bilangan pendaftaran siri BAR 100-9999 (semua nombor) yang mula dikeluarkan oleh JPD pada 14 Julai telah dilanjutkan sehingga 18 Ogos pada pukul 11 pagi.

Sehubungan itu, orang ramai boleh menghadapkan tawaran dengan mengisikan Borang A1 yang boleh diperoleh di Ibu Pejabat JPD, Jalan Beribi Gadong dan JPD Cawangan Daerah Belait.

Dalam kenyataannya, JPD turut berkata orang ramai yang ingin untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubungi Pegawai Melesen Kanan, Bahagian Pendaftaran dan Pelesenan di Jabatan Pengangkutan Darat, melalui talian, 2452302 atau e-mel, info ltd@land-transport.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA