JPD Tutong sesak

JPD Tutong sesak

Oleh HAL

 

TUTONG, 22 Sept – Pusat Pemeriksaan kenderaan bermotor Jabatan Pengang-kutan Darat (JPD) cawangan Tutong, hari ini, menyaksikan kesesakan luar biasa dengan barisan panjang berpuluh-puluh kenderaan berat seperti lori, treler dan bas bagi proses pembaharuan lesen kenderaan.

Barisan panjang kenderaan dari dalam kawasan JPD Tutong hingga ke luar jalan lama di depan Bangunan Jabatan Kerja Raya Tutong itu turut menjejaskan pergerakan lalu lintas. Keadaan serupa ini, walaupun tidak berlaku setiap hari, menjejaskan keselesaan orang ramai yang berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan di kawasan tersebut khususnya di JPD.

Kenderaan-kenderaan berat ini di-kenal pasti dari Daerah Brunei Muara, Kuala Belait dan Tutong yang menjalani pemeriksaan berkomputer yang terdapat di cawangan tersebut.

Jalan menuju ke Jabatan Pengangkutan Darat Tutong sesak dipenuhi kenderaan-kenderaan berat yang ingin memproses pembaharuan lesen kenderaan.
Jalan menuju ke Jabatan Pengangkutan Darat Tutong sesak dipenuhi kenderaan-kenderaan berat yang ingin memproses pembaharuan lesen kenderaan.

ARTIKEL YANG SAMA