JPK adakan Hari Pelanggan

JPK adakan Hari Pelanggan

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 April – Bagi memberikan peluang kepada orang ramai untuk melihat lebih dekat lagi produk-produk keluarannya, Jabatan Percetakan Kerajaan (JPK) akan mengadakan Hari Pelanggan esok, bermula jam 8:30 pagi.

Orang ramai juga berpeluang untuk melihat pelbagai produk keluaran JPK seperti Mushaf Al-Quran, buku Surah Yasin (Saiz A6 dan A5), buku Takhtim Al-Quran, buku Ratib al-Attas, Dikir Dabaie dan Syarafil Anam dan buku doa-doa pilihan.

Selain produk jualan, jabatan ini juga menawarkan perkhidmatan nilai tambah percetakan seperti perkhidmatan membukukan secara berkulit keras dan nipis, perkhidmatan menjahit buku, perkhidmatan hot-stamping dan menyadur tepi buku (gilt-edging).