JPKK, ABDB jalin ikatan persahabatan melalui bola sepak

JPKK, ABDB jalin ikatan persahabatan melalui bola sepak

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mac – Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPKK), Kementerian Pendidikan dalam usahanya menerapkan budaya dan gaya hidup yang sihat dalam kalangan warganya telah pun mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan dengan Batalion Ketiga (3Bn), Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Perlawanan persahabatan yang diadakan di padang bolasepak Batalion Ketiga, Perkhemahan Lumut, Belait berkenaan itu juga adalah bagi mengeratkan serta menjalin kan ikatan persahabatan di antara pemain kedua-dua buah pasukan.

JPKK (merah) dan 3BN bergambar ramai sebelum memulakan perlawanan bolasepak persahabatan mereka.
JPKK (merah) dan 3BN bergambar ramai sebelum memulakan perlawanan bolasepak persahabatan mereka.