JPM adakan Eksesais Keselamatan Berskala Kecil

JPM adakan Eksesais Keselamatan Berskala Kecil

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Nov – Jawatankuasa Keselamatan Negara (JKN) sedang mengadakan eksesais keselamatan bermula hari ini hingga 27 November ini.

Eksesais yang dikendalikan oleh National Crisis Centre (NCC) itu bertujuan melatih dan meningkatkan keupayaan agensi-agensi kerajaan yang terlibat terutama sekali dalam menghadapi dan menangani insiden-insiden keselamatan.

Eksesais tersebut melibatkan agensi-agensi kerajaan yang bertugas secara bersepadu di Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah termasuk kawasan-kawasan sekelilingnya dan juga yang berhampiran.

Dalam pada itu, para pengunjung dan pengguna yang melalui Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah serta orang awam yang tinggal berdekatan dinasihatkan supaya tidak berasa cemas semasa eksesais tersebut diadakan.

Orang ramai juga disarankan untuk mematuhi arahan agensi-agensi yang terlibat dan menghindari dari kawasan di mana eksesais itu sedang dijalankan.

Mereka juga diingatkan supaya tidak mengambil dan menyebarkan sebarang gambar ataupun video berkaitan dengan eksesais tersebut. Perkara ini dikhuatiri boleh menimbulkan keadaan cemas kepada orang awam.