JPM anjur Majlis Doa Kesyukuran

JPM anjur Majlis Doa Kesyukuran

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Azrol Azmi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Julai – Sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 tahun, Bahagian Keselamatan dan Penguatkuasaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Masjid Ash Shaliheen, Kompleks Bangunan Jabatan Perdana Menteri.

Majlis dimulakan dengan Solat Sunat Hajat yang diimamkan oleh Imam Masjid Ash Shaliheen, Haji Aslena bin Haji Metusin dan diteruskan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil serta Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh imam masjid berkenaan. Majlis kemudian diteruskan dengan Solat Fardu Asar berjemaah.

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.

Turut hadir Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud.

pg01_160719_a

Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz semasa berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran di Masjid Ash Shaliheen, Kompleks Bangunan Jabatan Perdana Menteri.
Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz semasa berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran di Masjid Ash Shaliheen, Kompleks Bangunan Jabatan Perdana Menteri.

Antara yang hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, para pegawai kanan serta kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis ini diadakan sebagai melahirkan tanda kesyukuran akan kepimpinan Baginda Sultan dan seterusnya memanjatkan doa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala (S.W.T.) semoga Baginda dilanjurkan usia, sihat walafiat dan kekal karar memerintah negara dengan berlandaskan iman dan panduan dari Allah S.W.T.

ARTIKEL YANG SAMA