JPM bertadarus di Masjid RPN Menteri

JPM bertadarus di Masjid RPN Menteri

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun – Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya meneruskan lagi aktiviti bertadarus di masjid-masjid pada bulan Ramadan tahun ini dengan berkunjung ke Masjid Rancangan Perumahan Negara Perpindahan Mentiri bagi menghidupkan bulan Ramadan.

Majlis tersebut dihadiri oleh Timbalan Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Suhaili bin Haji Mohiddin.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Awang Haji Ali bin Apong, setiausaha-setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap pengarah, pegawai kanan dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Pada majlis tersebut, Yang Berhormat Pehin juga menyampaikan derma khairat dan wakaf yang berupa dua unit alat hawa dingin dan enam unit kipas angin kepada wakil Masjid Rancangan Perumahan Negara Perpindahan Mentiri, iaitu Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Abdul Aziz bin Haji Abdullah.

Yang Berhormat Pehin (ketiga dari kanan) di majlis bertadarus.
Yang Berhormat Pehin (ketiga dari kanan) di majlis bertadarus.

Majlis yang dikendalikan bersama oleh Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Penyelidikan Brunei dan Biro Mencegah Rasuah itu diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Berhormat Pehin dan disusuli dengan bertadarus Al-Quran dari Juz 16 hingga 30.

Rombongan Jabatan Perdana Menteri dan jabatan di bawahnya turut mengadakan majlis bertahlil dan membaca doa arwah serta doa selamat.

Majlis serupa akan diteruskan lagi pada 27 Jun di Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Mukim Kilanas.

ARTIKEL YANG SAMA