JPM raikan bakal haji

JPM raikan bakal haji

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan Majlis Doa Selamat bagi pegawai dan kakitangannya yang akan menunaikan fardu haji pada tahun ini, yang berlangsung di Bilik Mesyuarat 1, East Wing, Aras 1, JPM, kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Menteri di JPM, Dato Paduka Haji Abdul Wahab bin Juned, yang kemudian menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada tiga orang bakal jemaah haji dari JPM bagi musim haji tahun 1436H/2015M.

Menurut kenyataan JPM, majlis tersebut bertujuan untuk memohon keberkatan dan perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala agar semua bakal jemaah haji mendapat syafaat, rahmat dan kesejahteraan dalam menyempurnakan ibadah Haji di tanah suci dengan beroleh haji yang mabrur.

Dato Paduka Haji Abdul Wahab bergambar ramai bersama tiga bakal haji dari JPM tahun ini.
Dato Paduka Haji Abdul Wahab bergambar ramai bersama tiga bakal haji dari JPM tahun ini.

ARTIKEL YANG SAMA