JPM semarakkan lagi Israk Mikraj

JPM semarakkan lagi Israk Mikraj

Oleh Imelda Farrah Zohre HA
Gambar oleh Azrol Azmi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Sempena memperingati peristiwa Israk dan Mikraj 1436/2015M, Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini, telah mengadakan majlis bertema “Sembahyang Penyelamat Kita” di Dewan Bankuet, Bangunan JPM.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri di JPM, Dato Paduka Haji Abdul Wahab bin Juned.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri di JPM Dato paduka Haji Ali bin Haji Apong, setiausaha-setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua jabatan, para pegawai dan kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh wakil dari Jabatan Radio Televisyen Brunei, Awang Muhd Fahmie bin Haji Awang Metussin.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu ialah Timbalan Menteri di JPM, Dato Paduka Haji Abdul Wahab (tengah).
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu ialah Timbalan Menteri di JPM, Dato Paduka Haji Abdul Wahab (tengah).
Ucapan alu-aluan Pengerusi Bersama Majlis, Awang Matali.
Ucapan alu-aluan Pengerusi Bersama Majlis, Awang Matali.
Ceramah khas bertajuk “Solat Terapi Kehidupan” oleh Awang Mohd Khairul Nazif.
Ceramah khas bertajuk “Solat Terapi Kehidupan” oleh Awang Mohd Khairul Nazif.
Antara mereka yang menghadiri majlis tersebut.
Antara mereka yang menghadiri majlis tersebut.

Kemudian majlis diikuti dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Bersama Majlis, Juruaudit Agung, Jabatan Audit, Awang Matali bin Haji Mohd Yusof yang antara lain menyatakan tujuan acara sambutan itu adalah untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya di samping memperingati peristiwa yang berlaku semasa Isyak Mikraj.

Majlis diserikan lagi dengan ceramah khas bertajuk “Solat Terapi Kehidupan” yang disampaikan oleh Awang Mohd Khairul Nazif bin Haji Awang Damit, yang merupakan mahasiswa dalam jurusan Kedoktoran Ketamadunan Islam dan Isu-isu Kontemporari di Pusat Pengajian Islam Sultan Omar Ali Saifuddien Universiti Brunei Darussalam.

Acara ditutup dengan bacaan doa diketuai Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Mohd Afdzillah bin Haji Mohd Yussof.Majlis kali ini dikendalikan bersama Jabatan Audit dan Biro Mencegah Rasuah.

ARTIKEL YANG SAMA