JPM takmir Masjid Kg Limau Manis

JPM takmir Masjid Kg Limau Manis

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini, telah mengadakan Program Mentakmir Masjid di Bulan Ramadan dan majlis bertadarus di Masjid Kampung Limau Manis.

Majlis berkenaan dihadiri oleh Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Bahrin bin Mohd Noor dan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar.

Turut hadir ialah para pengarah, timbalan pengarah, pegawai dan kakitangan kerajaan serta penduduk Kampung Limau manis dan sekitarnya.

Di awal majlis itu, Dato Paduka Haji Hamdan telah menyampaikan wakaf berupa barang-barang elektronik seperti penghawa dingin, jet air, pembersih hampagas, lampu kecemasan, komputer, mesin pencetak, tangga dan almari kepada Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Mohd Jani @ Abdul Jabar bin Haji Abdul Majid.

Barisan tetamu khas di majlis bertadarus itu.
Barisan tetamu khas di majlis bertadarus itu.
Penyampaian wakaf di awal majlis berkenaan, kelmarin.
Penyampaian wakaf di awal majlis berkenaan, kelmarin.

Imam Masjid Kampung Limau Manis kemudiannya memimpin majlis bertadarus, bertahlil dan doa selamat sebelum diakhiri dengan berbuka puasa dan solat fardu Maghrib berjemaah.

Menurut Kenyataan Jabatan Penerangan, Pejabat Peguam Negara, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri selaku pengendali majlis, ia diadakan bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia ini.

ARTIKEL YANG SAMA