JPM umumkan pelantikan ahli baru Lembaga DARE

JPM umumkan pelantikan ahli baru Lembaga DARE

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Sept – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan pelantikan dua orang ahli baru Lembaga Darussalam Enterprise (DARE).

Pelantikan Presiden Persekutuan Peniaga-Peniaga Melayu Brunei, Dr. Haji Abdul Latif bin Haji Chuchu dan Pengurus Am Syarikat Sahid Sdn Bhd, Lau Shiew Yuen berkuat kuasa mulai 3 September 2016 bersamaan dengan 1 Zulhijjah 1437.

ARTIKEL YANG SAMA