JPMC, ABDB kerjasama anjur kempen derma darah

JPMC, ABDB kerjasama anjur kempen derma darah

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 April – Dalam meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menderma darah, Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) dengan kerjasama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah mengadakan kempen derma darah yang berlangsung di JPMC, Jerudong, hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kempen yang di-sertai lebih 40 anggota ABDB itu bertujuan membantu masyarakat sebagai satu kaedah untuk menyelamatkan nyawa, di mana setiap derma darah yang disumbangkan boleh menyelamatkan sehingga tiga nyawa.

Selain itu, kempen tersebut juga bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ABDB ke-37 tahun.

Sebelum menderma darah, para penderma terlebih dahulu disoal mengenai sejarah kesihatan mereka dan menjalani pemeriksaan kesihatan fizikal asas, yang sekali gus mempertimbangkan beberapa faktor seperti denyutan nadi, tekanan darah, suhu badan, kolesterol dan paras hemoglobin.

JPMC dalam kenyataannya juga menyatakan harapan dapat bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk memberikan sumbangan kepada tabung darah di negara ini.

Leftenan Kolonel Mardini bin Abdul Rahman ketika menderma darah di JPMC, kelmarin.
Leftenan Kolonel Mardini bin Abdul Rahman ketika menderma darah di JPMC, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA