JPMC anjur Hari Pengutipan Dana 29 Mei ini

JPMC anjur Hari Pengutipan Dana 29 Mei ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) akan menganjurkan Hari Pengutipan Dana Keluarga bermula 29 Mei depan bagi memperingati Hari Jururawat Antarabangsa yang diraikan setiap 12 Mei di seluruh dunia.

Acara yang akan diadakan di Pantai Tarindak, Royal Brunei Polo & Riding Club, Jerudong dari 2:30 petang hingga 6 petang itu akan mengetengahkan pemeriksaan BMI secara percuma, ujian tekanan darah dan glukosa, kempen menderma darah, taklimat pendidikan kesihatan, pesta ria untuk semua, melukis muka, inai dan pelbagai aktiviti lagi.

JPMC dalam kenyataannya menyatakan, bayaran masuk akan dikenakan sebanyak $5 namun bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, kemasukan adalah percuma.

Semasa acara itu, kupon-kupon akan dijual pada harga $1 dan $5 bagi mengikuti permainan dan aktiviti-aktiviti.

Semua bayaran kemasukan dan jualan kupon akan disumbangkan kepada Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Brunei Darussalam (BDNAB) untuk membantu pusat berkenaan dari segi sokongan pendidikan.