JPMC, Kedutaan Filipina adakan kempen derma darah

JPMC, Kedutaan Filipina adakan kempen derma darah

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Dis – Dalam meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menderma darah, Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) dengan kerjasama Kedutaan Besar Republik Filipina, baru-baru ini telah mengadakan kempen derma darah yang diadakan di Canseri Filipina, Kedutaan Republik Filipina, di mana lebih 30 orang telah menderma darah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kempen yang terbuka kepada masyarakat Filipina itu juga diadakan bagi membantu menyelamatkan nyawa dan menyumbang kepada tabung darah di negara ini.

Jururawat tabung darah JPMC, Romeo Tabios dipetik sebagai berkata,“Tabung-tabung darah sentiasa memerlukan sukarelawan penderma darah, memberi 15 minit masa anda dengan menderma darah boleh membantu menyelamatkan nyawa.”

Menderma darah bukan sahaja memberi balik kepada masyarakat, tetapi juga memberikan manfaat kesihatan fizikal dan mental kepada para penderma, yang mana ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser serta membakar kalori.

Antara warga Filipina yang menderma darah pada kempen tersebut.
Antara warga Filipina yang menderma darah pada kempen tersebut.
Masyarakat Filipina yang menghadiri kempen menderma darah yang berlangsung di Kedutaan Republik Filipina.
Masyarakat Filipina yang menghadiri kempen menderma darah yang berlangsung di Kedutaan Republik Filipina.

Sebelum menderma darah, para penderma terlebih dahulu disoal mengenai sejarah kesihatan mereka dan menjalani pemeriksaan kesihatan fizikal asas, yang sekali gus mempertimbangkan beberapa faktor seperti denyutan nadi, tekanan darah, suhu badan, kolesterol dan paras hemoglobin.

JPMC dalam kenyataannya juga menyatakan harapan dapat bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk memberikan sumbangan kepada tabung darah di negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA