JPMC, Majalah Plus+ anjur kempen derma darah

JPMC, Majalah Plus+ anjur kempen derma darah

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 April – Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) dengan kerjasama Majalah Plus+, hari ini, telah menganjurkan kempen menderma darah di Piccolo Café di ibu negara.

Lebih 60 orang telah menderma darah dalam kempen yang diadakan dari jam 10 pagi hingga 4 petang, yang diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan menekankan kepentingan mengenai menderma darah kepada masyarakat.

“Beberapa minit masa anda boleh membantu menyelamatkan nyawa seseorang atau tiga nyawa,” Jururawat Tabung Darah JPMC, Romeo Tabios dipetik sebagai berkata dalam kenyataan yang dikeluarkan JPMC.

Beliau menambah, penderma darah sentiasa diperlukan, dan dengan menderma darah ia bukan sahaja membantu memberi balik kepada masyarakat malah membantu kesihatan mental dan fizikal penderma.

Sukarelawan yang ingin menderma darah akan disoal mengenai sejarah kesihatan mereka serta keluarga mereka. Pemeriksaan kesihatan fizikal asas lain turut dipertimbangkan, seperti denyutan nadi, tekanan darah, suhu badan, kolesterol dan paras hemoglobin.

Antara yang menderma darah berkesempatan bergambar ramai bersama para penganjur kempen.
Antara yang menderma darah berkesempatan bergambar ramai bersama para penganjur kempen.

ARTIKEL YANG SAMA