JPMC memeduli 13 keluarga pesakit

JPMC memeduli 13 keluarga pesakit

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – Jerudong Park Medical Centre (JPMC), baru-baru ini, mengongsi kegembiraan dan keceriaan bersama 13 buah keluarga dengan memberikan sumbangan sempena bulan Ramadan ini dan kedatangan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Menurut kenyataan JPMC, lebih 30 kakitangannya terlibat dalam menyusun dan mengagih-agihkan barangan sumbangan seperti lampin orang dewasa, biskut raya, makanan dalam tin, beras, minyak makan dan pelbagai produk makanan lain, di samping wang tunai hasil kutipan daripada warga JPMC.

Pengagihan sumbangan berkenaan kepada para penerima yang terdiri daripada pesakit dan keluarga mereka telah diadakan pada 3 dan 4 Julai lalu, dengan diselaraskan oleh Jabatan Pentadbiran dan Kerja Sosial Perubatan JPMC.

Pekerja Sosial Perubatan di JPMC, Dayang Siti Fairuz binti Abdul Latiff, berkata “kempen amal ini diadakan bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, bulan yang memberi banyak ganjaran kepada mereka yang berbuat kebaikan dan mengambil peluang untuk membantu mereka yang memerlukan.”

Salah sebuah keluarga pesakit yang menerima sumbangan daripada JPMC.
Salah sebuah keluarga pesakit yang menerima sumbangan daripada JPMC.
Keceriaan jelas kelihatan di wajah wakil salah sebuah keluarga yang menerima sumbangan daripada JPMC.
Keceriaan jelas kelihatan di wajah wakil salah sebuah keluarga yang menerima sumbangan daripada JPMC.
Sebuah lagi keluarga yang menerima pemedulian daripada kakitangan JPMC.
Sebuah lagi keluarga yang menerima pemedulian daripada kakitangan JPMC.

Menurut beliau lagi, para penerima sumbangan berkenaan terdiri daripada pesakit yang kurang bernasib baik daripada Pusat Neurosains, Strok dan Rehabilitasi Brunei (BNSRC) dan Pusat Kanser Brunei (TBCC) yang telah dirujuk kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan di JPMC.

ARTIKEL YANG SAMA