JPMC raikan Rumah Terbuka Hari Raya

JPMC raikan Rumah Terbuka Hari Raya

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Julai – Lebih 300 orang jemputan telah memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Gleneagles, Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) yang berlangsung di Restoran Tarindak D’Polo, Jerudong, hari ini.

Majlis berkenaan bermula jam 12 tengah hari hingga 5 petang itu dihadiri oleh para pegawai kanan kerajaan, perwakilan dari organisasi dan syarikat swasta serta jemputan-jemputan lainnya.

Antara yang hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles JPMC, Dr. Peter Tay; Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Lim Hong Huai; Pesuruhjaya Tinggi British ke Brunei Darussalam, David Campbell; Pengurus Besar Brunei Press Sendirian Berhad, Reggie See; dan Ketua Kardiologi Pengarah Makmal Serangan Jantung, Pengarah Ko-Perubatan, Pakar Jantung dan Perubatan, Dr Patrick Ang.

Sesi bergambar ramai para jemputan bersama warga Gleneagles JPMC.
Sesi bergambar ramai para jemputan bersama warga Gleneagles JPMC.
Antara yang hadir semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Gleneagles, JPMC di Restoran Tarindak D’Polo, Jerudong kelmarin.
Antara yang hadir semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Gleneagles, JPMC di Restoran Tarindak D’Polo, Jerudong kelmarin.

pg04_160721_d

Dr. Peter Tay ketika ditemui berkata, sambutan Hari Raya di Brunei Darussalam dilihat begitu meriah.

“Kegembiraan suasana Hari Raya di negara ini dapat dilihat melalui tradisi rumah terbuka dan kunjung-mengunjungi yang terus dikekalkan,” ujarnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA