JPMC serah hasil amal kepada BDNAB

JPMC serah hasil amal kepada BDNAB

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Nov – Sejumlah $1,948 hasil daripada kumpulan dana dan aktiviti amal Car Boot Sale JPMC telah disumbangkan kepada Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNAB).

Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Pentadbir Hospital JPMC, Chris Carvalho kepada Presiden BDNAB, Awang Jamary bin Danggat pada majlis yang berlangsung di Bilik MEC JPMC, Jerudong.

Menurut kenyataan JPMC, aktiviti amal anjuran bersama JPMC, RBC Sdn Bhd, Coffee Bean and Tea Leaf, JPCC, DCON Facilities & Souvenirs dan Kwang Wei Advertising & Display Co., itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Ia merupakan program tanggungjawab sosial korporat JPMC yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi BDNAB.

Chris Carvalho ketika menyerahkan sumbangan kepada Awang Jamary.
Chris Carvalho ketika menyerahkan sumbangan kepada Awang Jamary.

ARTIKEL YANG SAMA