JPMC tawar promosi menarik perkhidmatan gigi

JPMC tawar promosi menarik perkhidmatan gigi

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) memaklumkan bahawa mereka akan menawarkan promosi menarik bagi rawatan pemutihan gigi profesional dengan konsultasi awal secara percuma bermula 18 Januari ini hingga 31 Mac.

Tempoh penebusan bagi promosi berkenaan adalah dari 18 Januari hingga 30 April, dan janji temu diperlukan bagi rawatan berkenaan, di mana para pesakit dinasihatkan untuk datang 15 minit lebih awal sebelum waktu janji temu.

JPMC dalam kenyataannya turut memberitahu, sebelum memutuskan sama ada rawatan pemutihan gigi sesuai bagi pesakit, doktor gigi terlebih dahulu akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas gigi dan gusi mereka bagi memastikan penjagaan kesihatan gigi yang betul, yang ditawarkan secara percuma semasa tempoh promosi.

Doktor gigi juga akan memberikan konsultasi kepada pesakit mengenai kebersihan mulut dan tabiat gaya hidup untuk menentukan sama ada mereka akan mendapat faedah daripada rawatan itu.

Para pesakit yang menjalani rawatan gigi ekstensif, ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah tidak disyorkan untuk menjalani prosedur ini.

Prosedur boleh mengambil masa kira-kira sehingga dua jam, di mana gusi dan mulut pesakit terlebih dahulu dilindungi dengan bahan-bahan pengasingan, kemudian doktor dengan cermat akan meletakkan gel pemutihan pada gigi mereka dan menggunakan cahaya biru berpaten untuk mengoksidakan gel berkenaan.

Klinik Gigi JPMC juga menawarkan pelbagai perkhidmatan gigi seperti ortodontik, prostodontik, endodontik, implantology, pembedahan mulut, prosedur gigi am dan banyak lagi.

Ia dibuka setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 5 petang dan Sabtu dari 8 pagi hingga tengah hari.

Bagi maklumat lanjut dan berita berkaitan JPMC lain, bolehlah melayari laman sesawang www.jpmc.com.bn atau mengikuti akaun Instagram (@jpmcbrunei) dan Facebook (JPMC Brunei).

ARTIKEL YANG SAMA