JPMC terima kunjungan delegasi kedutaan Jepun

JPMC terima kunjungan delegasi kedutaan Jepun

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Okt – Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC), baru-baru ini, telah menerima kunjungan daripada Kaunselor Kedutaan Jepun di Bangkok, Dr. Hiroshi Yoshimura, serta delegasi dari Kedutaan Jepun di Bangkok dan Brunei.

Ketibaan delegasi telah dialu-alukan oleh Pengarah Eksekutif dan Pengarah Perubatan JPMC, Dato Paduka Dr. Haji Mohd Isham bin Haji Jafaar serta warga pengurusan kanan JPMC.

Menurut kenyataan JPMC, kunjungan Dr. Yoshimura adalah untuk meninjau kemudahan perubatan dan bertukar-tukar pandangan dengan para doktor dan kakitangan perubatan JPMC.

Dato Paduka Dr. Haji Mohd Isham menyampaikan cenderahati kepada Dr. Yoshimura.
Dato Paduka Dr. Haji Mohd Isham menyampaikan cenderahati kepada Dr. Yoshimura.
Gambar ramai bersama delegasi dari Kedutaan Jepun di Bangkok dan Brunei.
Gambar ramai bersama delegasi dari Kedutaan Jepun di Bangkok dan Brunei.

Terdahulu, taklimat telah disampaikan oleh Pengurus Pentadbiran JPMC, Awang Muhammad Ghani, yang antara lain menyentuh mengenai JPMC dan kemudahan serta pelbagai perkhidmatan yang terdapat di sana.

Selepas itu, delegasi berkenaan meninjau sekitar pusat perubatan berkenaan, melawat wad-wad, unit penjagaan rapi, farmasi, Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Diagnostik dan Pengimejan Digital yang serba canggih dan pusat kecergasan.

ARTIKEL YANG SAMA