JSKLL derma darah sempena Aidilfitri

JSKLL derma darah sempena Aidilfitri

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Julai – Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL), Pasukan Polis Diraja Brunei, hari ini, telah mengadakan Kempen Menderma Darah di Dewan Serba Guna JSKLL, Gadong.

Turut serta dalam kempen berkenaan bersama 33 orang pegawai dan anggota JSKLL serta orang awam ialah Timbalan Pengarah JSKLL, Senior Supt Haji Mohd Hassan bin Pehin Penyurat Haji Ahmad dan Pegawai Pentadbiran JSKLL, ASP Pengiran Aminul bin Pengiran Sarpuddin.

Kempen yang dijalankan ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang kebaikan menderma darah, menanam sifat keprihatinan terhadap penderitaan insan yang lain dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Ia antara lain bertujuan untuk membantu menambah simpanan tabung darah bagi kegunaan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan seterusnya membantu pesakit-pesakit yang memerlukannya.

Timbalan Pengarah JSKLL dan Pegawai Pentadbiran JSKLL turut menderma darah sempena Hari Raya Aidilfitri.
Timbalan Pengarah JSKLL dan Pegawai Pentadbiran JSKLL turut menderma darah sempena Hari Raya Aidilfitri.
Anggota JSKLL lain-lain pangkat juga turut memeriahkan kempen menderma darah tersebut.
Anggota JSKLL lain-lain pangkat juga turut memeriahkan kempen menderma darah tersebut.