JSKLL semarakkan Ramadan

JSKLL semarakkan Ramadan

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Julai – Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL) turut tidak ketinggalan menyemarakkan bulan Ramadan dengan mengadakan Majlis Bertahlil dan Penyampaian Derma Anak-anak Yatim serta bersungkai, yang berlangsung di Dewan Serba Guna JSKLL, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah JSKLL merangkap Pemangku Pengarah Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan Pasukan Polis Diraja Brunei, ACP Azahari bin Haji Awang Besar.

Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pengarah JSKLL, Penguasa Polis Kanan Haji Mohd Hassan bin Pehin Penyurat Haji Ahmad.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa, diikuti dengan penyampaian derma kepada ahli keluarga anggota JSKLL yang telah kembali ke rahmatullah oleh ACP Azahari.

Tetamu kehormat menyampaikan derma kepada ahli keluarga anggota JSKLL yang telah kembali ke rahmatullah.
Tetamu kehormat menyampaikan derma kepada ahli keluarga anggota JSKLL yang telah kembali ke rahmatullah.
Majlis penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim disempurnakan oleh Dayang Suraya.
Majlis penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim disempurnakan oleh Dayang Suraya.
Majlis bersungkai yang berlangsung di Dewan Serba Guna JSKLL, kelmarin.
Majlis bersungkai yang berlangsung di Dewan Serba Guna JSKLL, kelmarin.

Manakala itu, penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim telah disempurnakan oleh isteri tetamu kehormat, Dayang Suraya binti Haji Hussin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, majlis ini merupakan aktiviti tahunan JSKLL bagi memperingati, serta menghargai dan mengenang jasa ahli-ahli di jabatan berkenaan yang telah kembali ke rahmatullah serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan anggota jabatan.

ARTIKEL YANG SAMA