Juadah berbeza Ramadan Fish & Co

Juadah berbeza Ramadan Fish & Co

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – Restoran Fish & Co Sdn Bhd turut menyerikan Bulan Ramadan dengan melancarkan promosi Ramadhan Festive and Delight Platters di restorannya yang terletak di Cities Square, Berakas.

Pada promosi itu, Fish & Co mengetengahkan juadah berbeza seperti ayam rendang dengan nasi briyani, Ramadhan Delight Platter iaitu spring chicken, lamb shoulder, kupang, nasi paella, dan sayur-sayuran, manakala Ramadhan Festive Platter memperkenalkan nasi ayam, sotong, kepala ikan salmon dan banyak lagi.

Bagi pelanggan yang ingin berbuka puasa di restoran ini, Fish & Co juga menawarkan harga yang berpatutan buat sahabat handai dan ahli keluarga.

Hidangan nasi briyani ayam sesuai untuk dinikmati bersama ahli keluarga dengan harga yang berpatutan.
Hidangan nasi briyani ayam sesuai untuk dinikmati bersama ahli keluarga dengan harga yang berpatutan.