Juadah tumpuan berbuka puasa

Juadah tumpuan berbuka puasa

Oleh Imelda Groves HA & Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Setiap kali tibanya bulan Ramadan, restoran-restoran menjadi tumpuan orang ramai untuk berbuka puasa beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan, lebih-lebih lagi banyak restoran menawarkan promosi bufet sungkai dengan hidangan istimewa.

Turut menyediakan promosi seumpamanya, Hotel Starlodge, Jerudong di mana, cef restorannya telah menyediakan pelbagai hidangan yang ditukar setiap hari.

Sebagai pembuka selera, pelanggan disajikan dengan hidangan seperti susyi dan sup, manakala itu, hidangan utama pula terdiri daripada briyani kambing, daging rendang, kari kepala salmon, ayam padang dan sebagainya.

Di samping itu, roti canai turut disediakan, yang dibuat secara langsung berhampiran dengan pondok Pasta dan BBQ dengan pelbagai pilihan daging dan makanan laut terkenal termasuk udang, sotong dan ketam.

Di restoran, pemegang kad debit dan kredit Bank Islam Brunei Darussalam menerima potongan harga. Tambahan lagi, setiap Khamis pelanggan boleh menikmati potongan harga sehingga 30 peratus menggunakan kad kredit BIBD.

Antara hidangan yang boleh didapati di Café Choices, Hotel Brunei.
Antara hidangan yang boleh didapati di Café Choices, Hotel Brunei.

Salah seorang pelanggan mencuba daging kambing dengan sos buatan sendiri yang merupakan salah satu hidangan tarikan Restoran Dynasty.
Salah seorang pelanggan mencuba daging kambing dengan sos buatan sendiri yang merupakan salah satu hidangan tarikan Restoran Dynasty.

Manakala itu, sempena bulan Ramadan ini, Restoran Dynasty pula menyediakan promosi bufet makanan Cina, yang mana hidangannya ditukar setiap minggu.

Antara menu istimewa yang disajikan termasuk ikan jeli dengan minyak bijan, ayam kukus Szechuan, sup tauhu makanan laut, daging kambing dengan sos buatan sendiri, ayam goreng nyonya dan sotong koreng wok dengan cili kering dan sebagainya.

Hidangan pencuci mulut yang disajikan pula termasuk kek, pankek, pelbagai jenis kueh Melayu, puding mangga, tauhu longan, puding kelapa dan banyak lagi.

Antara hidangan di Restoran Dynasty.
Antara hidangan di Restoran Dynasty.
Nasi Briyani Kambing antara sajian yang popular di Hotel Starlodge, Jerudong.
Nasi Briyani Kambing antara sajian yang popular di Hotel Starlodge, Jerudong.
Antara juadah yang disediakan di Hotel Starlodge, Jerudong.
Antara juadah yang disediakan di Hotel Starlodge, Jerudong.

Kepada pelanggan yang ingin membuat pembelian bawa balik, Restoran Dynasty dibuka bermula jam 3 petang, dan pemegang kad keistimewaan RBC juga boleh mendapatkan potongan harga 10 peratus dalam promosi sungkai bufet ini.

Tambahan lagi, setiap pembelian $2 pada bufet ini, akan didermakan ke DANA Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim.

Sementara itu, Café Choices di Hotel Brunei pula menawarkan hidangan terbaru dalam promosi bufetnya tahun ini, seperti stesen Lok Lok Melaka di samping banyak lagi pilihan hidangan lain termasuk makanan stimbot.

Pelanggan yang berbuka puasa di kafe berkenaan juga boleh menunaikan solat di surau yang disediakan di hotel berkenaan.

Dalam promosi ini juga, pelanggan yang berbelanja $30 dalam satu resit akan diberikan baucar makan $5 secara percuma.

ARTIKEL YANG SAMA