Jual beli online catat jumlah tinggi di Korea Selatan

Jual beli online catat jumlah tinggi di Korea Selatan

SEOUL, 4 Jan (NNN) – Membeli belah secara online di Korea Selatan mencatatkan ketinggian, hampir 5 trilion won, dalam bulan November di sebalik permintaan bagi pembelian telefon pintar, menurut laporan kerajaan hari ini.

Membeli belah di ruang siber mencecah 4.97 trilion won dalam bulan November, meningkat 19.5 peratus dari tahun sebelumnya, menurut Statistic Korea. Ia menandakan terbesar sejak agensi statistik mula mengumpul data dalam tahun 2001.

Perangkaan itu diperkira bagi 15.4 peratus jumlah jualan runcit dalam bulan November, menandakan bahagian terbesar dalam sejarah.

Jualan runcit meningkat 4.2 peratus dari tahun sebelumnya kepada 32.03 trilion won dalam November.

Di ruang siber, jualan kosmetik dan makanan dan minuman meningkat lebih 30 peratus bulan lalu. Jualan online dalam pakaian dan elektronik pengguna masing-masing berkembang 20.5 peratus dan 18.5 peratus.

Pembelian telefon bimbit menerusi telefon pintar membawa kepada pertumbuhan membeli belah secara online. Pembelian telefon bimbit melonjak 52.3 peratus kepada 2.44 trilion won pada November, menjadikan kira-kira separuh dari keseluruhan membeli belah secara online.

ARTIKEL YANG SAMA