Jual daging tanpa sijil halal

Jual daging tanpa sijil halal

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_151001_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Sept – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menetapkan April 2016 untuk perbicaraan bagi sebuah syarikat dan dua pekerjanya atas kesalahan mengimport, menjual dan memiliki daging tanpa mempunyai sijil halal. Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain menetapkan 18 hingga 21, 25 dan 26 April 2016 untuk perbicaraan Haji Abdullah bin Haji Metussin, 67, dan Shahroon Fadzillah bin Haji Abdullah berusia 37 tahun dari Agongmas Trading Company selepas kedua-duanya mengaku tidak bersalah.

Kedua-dua tertuduh berdepan pertuduhan menjual 150 karton hati buyah seberat 2,210.5 kilogram kepada Karya Budi Sdn Bhd tanpa permit import halal pada 14 Januari 2011.

Pertuduhan kedua turut menyebut bahawa kedua-dua tertuduh memiliki 148 karung hati buyah seberat 2,216.55 kilogram, 330 kotak yang mengandungi sayap ayam dengan setiap kotak seberat 15 kilogram dan 185 lagi kotak tongkeng ayam dengan setiap kotak seberat 10 kilogram di gudang Agongmas Trading Company di Jalan Limau Manis pada 8 Mac 2011.

Kedua-dua tertuduh dan seorang lagi yang masih bebas juga menghadapi pertuduhan mengimport 148 karung hati buyah, 330 kotak sayap ayam dan 185 kotak tongkeng ayam sekitar Mac 2011.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Danial bin Kifrawi.

ARTIKEL YANG SAMA