Jual rokok untuk beli kereta

Jual rokok untuk beli kereta

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_151124__mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Kerana ingin mendapatkan wang untuk membeli sebuah kereta, seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun dikenakan denda $3,600 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan memiliki rokok tanpa permit kastam.

Rosli bin Haji Akop didakwa memiliki 11 karton rokok di Ujung Jalan, Kampung Bebuluh pada 24 Ogos 2014.

Fakta kes menyebut, defendan ditahan oleh anggota polis RUC yang ketika itu membuat pemeriksaan di Ujung Jalan kampung tersebut.

Defendan dibawa ke Balai Polis Limau Manis untuk siasatan yang mana dia telah mengaku membeli rokok-rokok itu di sempadan Brunei/Limbang.

Rokok-rokok tersebut adalah untuk dijual di negara ini.

Defendan dalam kata rayuannya memohon kepada mahkamah untuk membayar secara ansuran dan sanggup membayar $400 setiap bulan.

Pemangku Majistret Kanan, Azrimah binti Haji Abdul Rahman membenarkan defendan membayar $400 setiap bulan, bermula 12 Disember atau berdepan tiga bulan penjara jika gagal membuat pembayaran.

ARTIKEL YANG SAMA