Jual sisa masakan, tiga pemilik restoran dipenjara

Jual sisa masakan, tiga pemilik restoran dipenjara

15-tahunSEOUL, 27 November 2001 – Mahkamah Korea Selatan telah menjatuhkan hukuman kepada tiga pemilik restoran dengan hukuman antara lapan dan 12 bulan penjara kerana menjual sisa makanan yang ditinggalkan dari kantin tentera AS.

Mahkamah Jenayah daerah Seoul mendapati ketiga-tiga mereka bersalah menggunakan daging dan sosej yang ditinggalkan dari pangkalan tentera AS berhampiran Seoul untuk membuat dan menjual ‘pudaechigae’ atau sup tentera, rempah bancuhan yang terkenal di kalangan warga Korea.

Hakim yang menjalankan pengadilan berkata, tertuduh yang tidak didedahkan namanya ‘memalukan orang ramai dengan menggunakan sisa makanan tentera luar untuk digunakan untuk makanan binatang’ dan patut menerima hukuman yang keras.

Pudaechigae terkenal pada perang Korea pada tahun 1950-53 apabila kebuluran melanda rakyat Korea hingga menggunakan bekas lebihan daging dan sosej daripdaa tentera AS untuk mencipta makanan yang baru.

Walaupun ekonomi Korea adalah antara terkuat di dunia, penduduk korean masih mengekalkan sup itu.

ARTIKEL YANG SAMA