Jualan Audi lebih tinggi separuh kedua

Jualan Audi lebih tinggi separuh kedua

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Ogos – Audi AG memulakan separuh kedua tahun ini dengan jualan lebih tinggi berbanding pada Julai 2014.

Meskipun perubahan model dan berdepan pelbagai keadaan getir dalam sebahagian pasaran utama sekarang, firma tersebut mencapai pertumbuhan jualan 1.4 peratus pada Julai, menjadikan jumlah kesemuanya kepada sekitar 148,100 unit.

Kenyataan Audi AG berkata, sementara Amerika (+19.6%) sekali lagi dianggap sebagai pemacu pertumbuhan bagi Audi dan penghantaran berterusan meningkat di Eropah Barat (+6.1%), jualan di rantau Asia Pasifik (-9.2%) dan Eropah Timur (-3.2%) kekal di bawah paras tahun sebelumnya.

Kira-kira 1,048,450 pelanggan seluruh dunia memilih Audi sejak Januari, lebih 3.5 peratus berbanding setahun sebelumnya.

“Jualan Audi pada julai di Eropah dan Amerika terus mencatatkan kemajuan yang amat baik. Di China, situasi pasaran kekal mencabar seperti yang dijangka, ditambahkan lagi oleh kacau-bilau pasaran saham,” kata Luca de Meo, anggota Lembaga Pengarah bagi Jualan dan Pasaran di AUDI AG.

Kereta Audi RS6 Avant bakal tiba ke Negara Brunei Darussalam tidak lama lagi.
Kereta Audi RS6 Avant bakal tiba ke Negara Brunei Darussalam tidak lama lagi.

“Pada masa yang sama, kami bersedia bersama-sama dengan penjual China bagi perubahan model untuk banyak jualan terbaik dalam pasaran. Ketika transisi ini, kami kekal komited kepada kemajuan perniagaan yang sihat dan mapan dengan mengambil kira persaingan semakin meningkat dalam pasaran.”

Dalam bulan kebelakangan, Audi sebagai jenama premium utama menjual sejumlah 42,267 kereta di China, 12.5 peratus kurang berbanding pada Julai 2014. Jualan kumulatif sejak Januari berjumlah 316,120 unit, yang sama tara dengan tahun sebelumnya (-0.3%).

Paras jualan amat tinggi dicapai Audi meskipun pasaran perlahan sekarang menjadi jelas apabila diukur ke atas jualannya sejak beberapa tahun lepas: dalam tujuh bulan pertama, Audi sudah menyerahkan lebih kereta kepada pelanggan China berbanding pada keseluruhan 2011.

Pada tahun tersebut, jumlah jualan selepas 12 bulan mencecah kepada 313,036 unit.