Jualan batik jana RM144j, 32% daripada industri kraf

Jualan batik jana RM144j, 32% daripada industri kraf

KOTA BAHARU, 9 Nov – Jualan batik menjana sebanyak RM144 juta atau 32 peratus daripada RM444 juta nilai jualan keseluruhan industri kraf negara sehingga September tahun ini, kata Pengerusi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod.

Beliau berkata seramai 5,067 usahawan kraf telah berdaftar dan terlibat aktif dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Daripada jumlah itu, seramai 1,493 orang adalah usahawan kraf tekstil di mana 604 adalah usahawan batik, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Sijil Pematuhan Standard MS 692:2007 Batik Malaysia yang turut dihadiri Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Zuraida Mokhtar di Kraftangan Malaysia Kelantan di sini hari ini. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA