Jualan Bazar meriahkan Festival Perayaan 69

Jualan Bazar meriahkan Festival Perayaan 69

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 28 Ogos – Bersempena dengan Festival Perayaan 69 Daerah Tutong yang akan berlangsung esok (29 Ogos), Jualan Bazar dilancarkan, hari ini, di kawasan letak kereta berhadapan Bangunan Lama Jalan Enche Awang Tutong (berdepanan Sungai Tutong), bagi memeriahkan lagi festival berkenaan.

Hadir merasmikan bazar itu ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Haji Othman bin Uking.

Turut hadir ialah Ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putra Dato Paduka Haji Mohd Taha bin Abdul Rauf dan Pengawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Muhammad Ali.

Jualan selama tiga hari itu, disertai seramai 28 orang pengusaha yang terdiri daripada ahli-ahli majlis perundingan kampung dan penduduk kampung di Daerah Tutong.

Yang Berhormat Haji Othman meninjau gerai jualan berkenaan.
Yang Berhormat Haji Othman meninjau gerai jualan berkenaan.

Acara yang diungkayahkan oleh Jawatankuasa Festival Perayaan 69 Daerah Tutong bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69 tahun itu juga mengalu-alukan orang ramai untuk berkunjung ke jualan bazar tersebut yang bermula pada jam 8.30 pagi hingga 10 malam.

ARTIKEL YANG SAMA