Jualan besar-besaran Honey Carsmart

Jualan besar-besaran Honey Carsmart

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-33 tahun, Honey Carsmart Sdn Bhd akan mengadakan jualan besar-besaran kereta terpakai yang berkualiti pada 13 dan 14 Ogos ini di Spg 635, Kampung Bunut, Jalan Tutong (bersebelahan Stesen Minyak Bunut).

Tawaran yang bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang itu bertujuan menzahirkan penghargaan kepada pelanggan mereka atas sokongan yang berterusan, kesetiaan dan kepercayaan mereka selama ini.

Bercakap dalam satu sidang media di sini kelamrin, Pengurus syarikat, Leslie Lai dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, George Lim berkata, selain daripada tawaran jualan besar-besaran, setiap kereta yang dijual selama dua hari itu, sumbangan sebanyak $300 akan diagihkan sama rata kepada Pusat Ehsan dan SMARTER Brunei.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Pemegang Amanah Dasar dan Perancangan di Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Haji Ahmad bin Haji Abdul Rahman dan Presiden SMARTER, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman.

Kedua-dua wakil Pusat Ehsan dan SMARTER melahirkan penghargaan kepada Honey Carsmart yang telah pun memberikan sumbangan sejak sekian lama.

Malai Haji Abdullah, Lesli Lai, George Lim dan Haji Ahmad ketika sidang media berkenaan.
Malai Haji Abdullah, Lesli Lai, George Lim dan Haji Ahmad ketika sidang media berkenaan.

Menurut mereka, sepanjang kempen jualan besar-besarannya itu pihaknya akan menyediakan kotak-kotak sumbangan SMARTER Brunei untuk memberi peluang kepada pihak yang ingin menyumbangkan barangan terpakai berkualiti untuk menghulurkan sumbangan mereka.

Sumbangan tersebut adalah sebagai aktiviti amal untuk membantu masyarakat dalam menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Mereka berkata, bagi pelanggan yang ingin mendapatkan bantuan pembiayaan, wakil-wakil dari salah satu agensi pembiayaan akan hadir untuk membantu mereka manakala wakil agensi insurans motor akan membantu memudahkan pelanggan membaharui insurans kenderaan mereka.

Menurut mereka lagi, acara jualan seumpamanya pernah diadakan buat pertama kalinya pada tahun 2014.

Bagi jualan kali ini, Honey Carsmart mengesahkan untuk mempamerkan lebih 80 unit terpilih antaranya Lexus, BMW, Mercedes Benz, Jeep dan kenderaan Jepun popular yang lain serta kereta buatan Korea.

Sementara itu, mereka berkata, sebarang pembelian kereta antara 7 Julai 2016 dan 31 Oktober 2016, pelanggan layak untuk menyertai promosi cabutan bertuah yang akan diadakan pada 4 November 2016.

ARTIKEL YANG SAMA