Jualan Bonet Kereta 5 Mac

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Feb – Biro Kemasyarakatan dan Perhubungan, Majlis Perundingan Kampung Rancangan Perumahan Negara Kampung Panchor, Mengkubau akan mengadakan Jualan Bonet Kereta pada 5 Mac 2017.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai jualan yang bakal diadakan di kawasan Taman Riadah, Bukit Mengkubau, Jalan Tanjong Selasih bermula dari jam 7 pagi hingga 5 petang.

Mereka yang berhajat untuk menyertai jualan itu boleh mendapatkan borang penyertaan bermula 14 Februari dan borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan tidak lewat dari 28 Februari sebelum pukul 5 petang.

Untuk keterangan lanjut mengenai jualan ini, anda boleh menghubung talian 8906020, 8809172 atau 8662251.