Jualan bunga KN Nursery di ATP

Jualan bunga KN Nursery di ATP

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – Bagi sama-sama berkongsi kegembiraan sambutan Hari Raya Aidilfitri di negara ini, KN Nursery (B) Sendirian Berhad telah memulakan jualan bunga tahunan yang berlangsung di Taman Agro Teknologi Brunei (ATP) di Kampung Tungku.

Pelbagai jenis bunga hiasan dan tumbuh-tumbuhan sama ada hasil dari keluaran syarikat sendiri, rumah hijau dan dari luar negara ketika ini dijual oleh syarikat berkenaan.

Bagi menjaga tradisi masyarakat Brunei untuk memastikan rumah mereka kelihatan cantik, menarik tatkala mengalu-alukan kedatangan jemputan sempena Aidilfitri ini, syarikat tersebut telah memilih pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan bunga yang sesuai bagi taman dan hiasan rumput dan juga dekorasi dalam rumah.

Jualan itu akan bermula pada akhir minggu Hari Raya hingga 21 Julai 2015, syarikat berkenaan akan menjual lebih banyak bunga dekorasi seperti orkid, ros, kaktus dan banyak lagi spesies tumbuhan.

Selain itu, jualan seperti periuk seramik (pot) dan pasu mengikut kemahuan pelanggan, baja-baja, kotak planter berwarna, batu dan air. Bagi menghargai pelanggan yang membeli semasa jualan itu nanti, syarikat akan memberi 20 peratus potongan harga kepada kesemua barangan yang dijual.

Tambahan lagi, syarikat juga menawarkan Purchase with Purchase (PWP) bagi barangan terpilih dengan potongan harga sehingga 50 peratus.

Untuk pra tempahan, pelanggan boleh melayari Facebook, Agro Technology Park-ATP Green House atau e-mel kepada knn@brunet.bn atau menghubungi ATP Green House 7198904 atau Awang Jamaludin melalui talian 8625354.