Jualan But Kereta Mantuka.com

Jualan But Kereta Mantuka.com

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Mantuka.com Enterprise hari ini telah mengadakan jualan but kereta (Car Boot Sale) yang diadakan buat julung-julung kalinya di tempat letak kereta Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, hari ini.

Jualan yang disertai oleh 26 orang vendor itu bermula jam 7 pagi lagi apabila mereka sibuk mengatur produk-produk mereka di atas meja, manakala sesetengah daripada mereka memaparkan barangan mereka di atas tikar lantai dan juga di dalam but kereta masing-masing.

Acara seharian berkenaan telah menarik beratus-ratus peniaga kecil-kecilan yang menawarkan pelbagai barangan daripada pakaian, beg, kasut, buku, alat permainan serta jenama produk baru, barangan kraf tangan hingga ke aksesori dan juga pelbagai barangan rumah yang dijual dengan harga berpatutan.

Jualan But Kereta Mantuka.com diadakan di tempat letak kereta Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Jualan But Kereta Mantuka.com diadakan di tempat letak kereta Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Pengurus Mantuka.com, Dayang Sabrina binti Sallehuddin ketika ditemu bual berkata, beliau benar-benar teruja kerana telah mengadakan jualan but kereta pertama mereka, acara ini dapat membuktikan yang pertama daripada banyak lagi yang akan datang, di mana usahawan tempatan berharap dapat mengadakan jualan but kereta secara tetap dalam program berkenaan.

Acara tersebut juga merupakan satu kejayaan bersama orang ramai yang bertujuan untuk menggalakkan keusahawanan dalam kalangan rakyat Brunei untuk memberikan mereka pendedahan.

ARTIKEL YANG SAMA