Jualan Car Boot kutip derma

Jualan Car Boot kutip derma

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei – Armada Properties Sdn Bhd buat julung-julung kalinya tahun ini telah mengadakan Jualan Car Boot selama dua hari sehingga hari ini untuk mengutip dana bagi mereka yang memerlukan, di Simpang 90, Jalan Dang Kumala, Kampung Perpindahan Rimba.

Pegawai Jualan dan Pemasaran, Dayang Fatin Safri, ketika ditemui menjelaskan, aktiviti jualan ini adalah salah satu tanggungjawab sosial pihak Armada dalam sama-sama memupuk sifat saling bantu-membantu dan mengutip dana khususnya bagi mangsa kebakaran di Kampong Ayer baru-baru ini.

Kutipan bayaran sewa petak-petak jualan akan disumbangkan sepenuhnya kepada mereka yang memerlukannya.

Selain daripada pameran jualan seperti makanan dan minuman serta barang-barangan, acara dua hari itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan lain yang menarik, seperti pameran kucing, ATV Rides, bouncer, melukis inai dan muka, uji pandu Volkswagen, serta kempen derma darah dengan kerjasama Kementerian Kesihatan.

Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan semasa jualan berkenaan.
Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan semasa jualan berkenaan.
Kereta yang dipamerkan untuk uji pandu.
Kereta yang dipamerkan untuk uji pandu.

Menurut beliau lagi, pihak turut menyertai jualan berkenaan, yang mana hasilnya juga akan didermakan kepada orang yang memerlukan bantuan.

Di samping mengutip dana, tambahnya, aktiviti ini juga membantu para peniaga kecil-kecilan dan sederhana dalam membangunkan perniagaan mereka.

ARTIKEL YANG SAMA