Jualan Car Boot mendapat sambutan

Jualan Car Boot mendapat sambutan

Oleh Salawati Haji Yahya

JUALAN Car Boot anjuran Kompleks Membeli Belah Mabohai yang diadakan di kawasan letak kereta baru kompleks berkenaan, hari ini, telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Lebih daripada 40 peserta menyertai jualan berkenaan dengan menawarkan pelbagai barangan terpakai yang dijual pada harga menarik daripada barangan pakaian hinggalah barangan rumah.

Salah seorang pengunjung yang sempat ditemui, Hajah Maimunah binti Tudin yang merupakan penggemar aktiviti jualan seperti ini berkata, walaupun jualan seperti itu menawarkan barangan terpakai tapi ia masih boleh digunakan selain harga yang ditawarkan adalah berpatutan.

Beliau seterusnya menambah, dengan adanya jualan seperti ini juga memberi peluang kepada orang yang kurang berkemampuan mendapatkan barangan dengan harga yang murah.

Orang ramai mengunjungi jualan Car Boot anjuran Kompleks Membeli belah Mabohai.
Orang ramai mengunjungi jualan Car Boot anjuran Kompleks Membeli belah Mabohai.