Jualan Car Boot SCB 13 Dis ini

Jualan Car Boot SCB 13 Dis ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Nov – Bank Standard Chartered (SCB) akan mengadakan jualan Car Boot pada 13 Disember ini sebagai usaha mereka mengutip dana bagi inisiatif amal global, Seeing is Believing.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, jualan amal itu akan diadakan di kawasan tempat letak kereta di bawah tangga utama Stadium Negara Hassanal Bolkiah dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Ketua Hal Ehwal Korporat, Marilyn Graeme dipetik sebagai berkata, jualan Car Boot Seeing is Believing ini menyediakan suasana menyeronokkan bagi seisi keluarga dan rakan-rakan meluangkan masa pagi hujung minggu di samping mengumpulkan dana demi kebaikan.

Jualan amal ini akan dibukakan bagi kunjungan dan penyertaan orang ramai. Untuk mendaftar hanya perlu menghantar e-mel ke alamat KhairulAnwar.HajiBongsu@sc.com atau hubungi talian 2366095 pada waktu pejabat atau menghantar mesej di laman Facebook Standard Chartered Brunei.

Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 7 Disember dan ruang adalah terhad, oleh tu pendaftaran berdasarkan yang dahulu didahulukan.

Bayaran pendaftaran sebanyak $30 daripada para peserta akan disumbangkan kepada ‘Seeing is Believing’ dan peserta juga boleh memilih untuk membuat sumbangan sebahagian daripada hasil pendapatan mereka.

‘Seeing is Believing’ merupakan inisiatif amal global SCB untuk menangani kecacatan penglihatan dan mengelakkan kebutaan. Bermula 2003, inisiatif ini bermatlamat untuk mengumpulkan AS$100 juta menjelang 2020.

Bagi maklumat lanjut mengenai inisiatif-inisiatif kemapanan SCB, orang ramai boleh menghubungi Talian Perbankan 24 jam 2658000 atau layari laman sesawang www.sc.com/bn/sustainability/en.

ARTIKEL YANG SAMA