Jualan Car Boot tawar harga menarik

Jualan Car Boot tawar harga menarik

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Jualan Car Boot kali kedua anjuran Kompleks Membeli-belah Mabohai di kawasan letak kereta kompleks itu yang disertai 29 penjual, hari ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Jualan merangkumi pelbagai barangan terpakai itu dikunjungi ramai yang mencari barangan terpakai dengan harga murah dan berpatutan.

Salah seorang pengunjung, Dayang Kamsiah binti Duraman yang menggemari jualan seperti itu, mengatakan meskipun jualan adalah berupa barangan terpakai, namun sebahagian besarnya masih lagi boleh digunakan dengan harga yang ditawarkan agak menarik.

Menurutnya lagi, jualan seperti itu memberi peluang kepada orang yang kurang berkemampuan mendapatkan barangan dengan harga lebih baik.

Orang ramai mengunjungi jualan Car Boot anjuran Kompleks Membeli-belah Mabohai.
Orang ramai mengunjungi jualan Car Boot anjuran Kompleks Membeli-belah Mabohai.

ARTIKEL YANG SAMA