Jualan computer peribadi terus merosot

Jualan computer peribadi terus merosot

SAN FRANCISCO, 12 April (AFP) – Penjualan komputer peribadi merosot untuk suku keenam berturut-turut pada awal tahun 2016, merosot kepada tahap yang tidak dilihat sejak 2007, kata penjejak pasaran semalam. Satu tinjauan oleh firma penyelidikan Gartner menunjukkan kemerosotan sebanyak 9.6 peratus dalam penjualan PC pada suku pertama berbanding dengan setahun sebelumnya, kepada 64.7 juta unit.

Angka yang dikeluarkan pada lewat hari itu oleh Korporasi Data Antarabangsa (IDC) menunjukkan kemerosotan yang lebih besar, dengan penyerahan PC pada suku pertama 2016 merosot 11.5 peratus kepada 60.6 juta unit.

Penganalisis telah menjangkakan persekitaran yang lemah untuk penjualan PC ketika separuh tahun pertama memandangkan perniagaan masih menguji peralihan kepada mesin yang menggunakan perisian Windows 10 terbaru dan pasaran pengguna masih dibelenggu turun naik dalam saham, komoditi dan mata wang, kata IDC.

“Dalam jangka pendek, pasaran PC masih bergelut dengan minat pengguna terhad dan persaingan daripada infrastruktur lain dalam pasaran komersial,” kata pengurus penyelidikan PC Tracker IDC Jay Chou.

Keluarga baru tidak menggunakan PC seperti sebelumnya, terutamanya di pasaran membangun, di mana telefon pintar sering menjadi pilihan untuk kemudahan online, kata penganalisis Gartner.

Bagaimanapun, penganalisis berkata mereka menjangka melihat beberapa pemulihan dalam penjualan PC pada hujung tahun ini sebagai sebahagian daripada gerakan ‘Windows 10 baru.’ Faktor yang menjejas penjualan PC termasuk dolar yang kukuh, menjadikan pembelian lebih mahal di sesetengah pasaran, dan ketidakstabilan politik di beberapa rantau.

“Kemerosotan mata wang tempatan berbanding dolar AS terus memain peranan besar dalam kemerosotan penghantaran PC,” kata penganalisis Gartner Mikako Kitagawa. “Kesemua rantau utama menunjukkan kemerosotan hantaran tahun-ke-tahun, dengan Latin Amerika menunjukkan kemerosotan paling teruk, di mana hantaran PC merosot sebanyak 32.4 peratus,” tambah beliau.

ARTIKEL YANG SAMA