Jualan Fiat Chrysler catat peningkatan pada Julai

Jualan Fiat Chrysler catat peningkatan pada Julai

NEW TORK, 3 Ogos (AFP) – Pengeluar kereta Fiat Chrysler (FCA) melaporkan jualan tinggi di Amerika syarkkat pada julai di sebalik pengukuhan jualan model Jeepnya dan sebahagian produk sedan.

Jualan pada julai mencatatkan 178,027 kenderaan, naik sebanyak 6.2 peratus berbanding tempoh setahun lepas dan kira-kira 2,100 melepasi paras yang diunjurkan oleh laman sesawang kereta dalam talian Edmunds.

Fiat Chrysler berkata beberapa jenama di bawah Jeep meraih jualan kukuh termasuk model utamanya Jeep Grand Cherokee, yang mencatatkan peningkatan lima peratus. Firma itu berkata jualan juga kukuh bagi Chrysler 200, sedan saiz pertengahan. Jualan bagi trak pikap Ram pula mencatatkan peningkatan satu peratus.

Peningkatan jualan itu dicapai ketika pengeluar kereta Itali tersebut terpaksa membayar denda AS$90 juta pada Julai oleh Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Kebangsaan Amerika Syarikat ekoran kesilapan kecil dalam pemanggilan balik kenderaan.

Dalam satu lagi masalah berprofil tinggi, FCA pada lewat Julai mengeluarkan pemanggilan keselamatan bagi 1.4 juta kereta AS dan trak selepas para penggodam mendakwa mereka mampu mengawal dari jarak jauh sistem kenderaan terbabit ketika ia dalam operasi.

ARTIKEL YANG SAMA