Jualan Hari Keluarga meriah

Jualan Hari Keluarga meriah

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Jualan Hari keluarga ke-3 yang dianjurkan oleh Kompleks Membeli-belah Mabohai sempena Hari Ibu, hari ini, telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Jualan di tingkat pertama kompleks yang disertai 15 orang pengusaha dan merangkumi pelbagai barangan seperti hiasan, elektronik, kosmetik dan kesihatan itu dikunjungi ramai bersempena dengan Hari Keluarga masih giat diraikan tambahan lagi tawaran harga yang rendah dan berpatutan.

Selain jualan, beberapa aktiviti menarik seperti mewarna, aktiviti di Bossini dan aktiviti penjagaan kulit bersama Face Shop yang mana kesemuanya diadakan semasa jualan diadakan dari 10 pagi hingga 5 petang.

Menurut Jurucakap Kompleks Membeli-belah Mabohai, jualan seperti ini memberikan peluang kepada peniaga tempatan untuk memperluaskan lagi perniagaan mereka terutama yang baru memasuki bidang perniagaan.

Produk-produk hiasan turut dijual dengan harga berpatutan.
Produk-produk hiasan turut dijual dengan harga berpatutan.
Kanak-kanak juga menyertai aktiviti mewarna.
Kanak-kanak juga menyertai aktiviti mewarna.

Pusat tersebut juga akan mengadakan kempen menderma darah pada 14 Mei ini manakala itu, pada 29 Mei pula akan diadakan jualan bersempena Sambutan Hari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di tempat yang sama.

“Kami ingin mempelawa orang ramai untuk datang berkunjung dan juga mengunjungi aktiviti-aktiviti yang biasanya diadakan pada setiap hari Ahad mengikut tema yang disediakan.”

ARTIKEL YANG SAMA