Jualan Hujung Minggu, peluang tambah pendapatan sampingan

Jualan Hujung Minggu, peluang tambah pendapatan sampingan

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Sebagai tambahan kepada Gerai Malam Gadong yang dibuka setiap malam, Jabatan Bandaran, Bandar Seri Begawan akan mengadakan Jualan Hujung Minggu di kawasan letak kereta Pasar Gadong pada setiap Sabtu malam bagi memberi peluang kepada para peniaga tempatan menambah pendapatan sampingan.

Jabatan Bandaran BSB, dalam kenyataannya, memaklumkan bahawa jualan ini hanya dibukakan kepada rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam.

Syarat-syarat untuk menyertai jualan ini termasuk, tidak dibenarkan menggunakan pembantu warga asing; membawa peralatan jualan yang berkaitan sahaja seperti khemah yang bersesuaian, payung, kerusi dan meja; kutipan sebanyak $2 akan dikenakan bagi bayaran penyertaan dan pembersihan; waktu berniaga yang dibenarkan bermula jam 6 petang hingga 11:30 malam; dan tempat jualan adalah terhad di tapak yang ditetapkan oleh jabatan, oleh itu penyertaan adalah berdasarkan siapa yang dahulu didahulukan.

Bagi keterangan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Unit Pengurusan Aset, Jabatan Bandaran BSB di talian 2232424 sambungan 143 / 280.

ARTIKEL YANG SAMA