Jualan iPhone jatuh buat kali pertama

Jualan iPhone jatuh buat kali pertama

SAN FRANCISCO, 27 Jan – Apple mencatat pertumbuhan jualan lebih perlahan dalam sejarah, menambah kemungkinan berakhirnya era teknologi sebagai peralihan dari iPhone dengan peneraju pasaran itu memberi amaran kepada jangkaan lebih buruk.

Gergasi teknologi dari California itu berkata, ia menjangkakan kejatuhan pertama dalam jualan iPhone pada suku tahun semasa, berbanding jualan tiga bulan bagi tempoh sama tahun lalu.

“Kami berpendapat unit iPhone akan mencatat kejatuhan pada suku tahun ini,” kata Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook pada taklimat perolehan bersama penganalisis.

Bagaimanapun, Apple yang mencatat keuntungan suku tahun tertinggi dalam sejarah walaupun perniagaan iPhone dilihat agak goyah buat pertama kali sejak ia dilancarkan, kekal optimis dengan pasaran keseluruhan telefon pintar.

Apple merancang untuk terus melabur dalam perniagaan telefon pintar walaupun keadaan ekonomi menjejaskan kebanyakan negara, namun dolar lebih kukuh memberi kesan kepada pendapatannya, demikian menurut Cook.

IPhone dipamerkan dalam kedai Apple di Fifth Avenue, New York. - AFP
IPhone dipamerkan dalam kedai Apple di Fifth Avenue, New York. – AFP

“Masih ramai orang di dunia ini akan membeli telefon pintar dan kita harus menguasai pasaran itu,” kata Cook.

Apple mencatatkan pendapatan bersih berakhir 26 Disember dua peratus lebih tinggi kepada AS$18.4 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.

Syarikat itu turut rekod terbaharu dalam pendapatan apabila ia meningkat dua peratus kepada AS$75.9 bilion. – AFP