Jualan istimewa YMRM

Jualan istimewa YMRM

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Jun – Galleria YMRM menjadi tumpuan ramai, petang tadi, apabila kedai kain berkenaan mengadakan jualan istimewa pertamanya pada tahun ini dengan menawarkan harga serendah $1.

Jualan istimewa di cawangan Batu Satu dan Tungku Link itu berlangsung dari jam 2 petang hingga 6 petang di mana pelbagai produk menarik dan terbaru ditawarkan bagi persiapan hari raya nanti seperti kain, tudung, baju set cara Melayu, lampu cucul dan banyak lagi.

Pengarah Urusan Galleria YMRM, Narrender JB (Belly) semasa ditemui wartawan Media Permata menjelaskan, jualan istimewa ini merupakan aktiviti tahunan kedai berkenaan dengan menyediakan tawaran harga yang rendah bagi pelanggan mereka bagi kedatangan bulan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Menurutnya lagi, jualan istimewa ini akan diteruskan lagi sepanjang bulan Ramadan pada hujung minggu ini dengan pelbagai produk menarik. Jualan ini juga merupakan salah satu tanda penghargaan kepada pelanggan-pelanggan setia YMRM bagi mendapatkan produk mereka yang berkualiti dengan harga terendah.

Suasana di jualan istimewa YMRM kelmarin.
Suasana di jualan istimewa YMRM kelmarin.
Narrender JB (Belly) semasa ditemui wartawan Media Permata.
Narrender JB (Belly) semasa ditemui wartawan Media Permata.

pg10_160608_b

Di samping itu juga, dengan adanya jualan ini, ia dapat menggalakkan kepada orang ramai untuk berbelanja di negara sendiri daripada di negara lain.

Beliau menjelaskan lagi bahawa jualan istimewa ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada orang ramai pada setiap tahun dan ia telah mula diadakan sejak empat tahun yang lalu.

Manakala itu, menurut salah seorang pelanggan setia YMRM, Hajah Latipah binti Hamid berkata, jualan ini sering kali dinanti-nantikan oleh beliau kerana ia merupakan peluang keemasan baginya.

Beliau juga gembira dengan harga-harga yang ditawarkan bertepatan kualiti produk dan berharap agar kedai-kedai kain lain juga akan dapat mengadakan jualan istimewa seperti ini.

ARTIKEL YANG SAMA